Kayu ini juga dikenali sebagai kayu pembisa kerana secara semulajadinya dapat menumbangkan lawan hanya dengan sekali pukulan tepat samaada dari sebatang panjang kayunya atau secara tumbukan dari kayu yang dipasang cincin.
Oleh demikian pemilik Fosil kayu atau pemakai cincin juga haruslah berhati-hati kerana takut terpukul anak bini secara sengaja atau tidak kesannya tetap sama, tapi jangan risau ada penawarnya. Penawarnya adalah secara merendam Fosil kayu atau cincin tadi di dalam segelas air masak kemudian boleh dibuat minum dan direnjiskan kemuka atau basuh muka orang tersebut dengan air tersebut. Ketika rendam Fosil kayu atau cincin itulah perlu baca selawat nabi dan al-fatihah terlebih dahulu.
Untuk merawat keracunan makanan, muntah-muntah atau cirit birit boleh juga direndam kayu atau cincin tadi seperti diatas.
Untuk sakit-sakit badan atau lenguh-lenguh badan atau sendi, kena bisa gigitan serangga juga boleh guna kayu ini.
Penawar segala bisa kecuali bisa ular...